Senarai Peribahasa SPM

0 comments
Banyak pelajar yang gagal menguasai bahagian peribahasa walaupun hanya 6 markah. Namun, berdasarkan sukatan pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5, pelajar hanya perlu menguasai peribahasa mengikut buku teks. Berikut ialah senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4 dan tingkatan 5:

Senarai Peribahasa Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

4. meninggi diri
Maksud : Sombong

5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.

6. baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan.

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah semasa mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Sama taraf berkenaan perkahwinan atau persahabatan.

12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : Tidak takut berdepan dengan pihak lawan kerana kedua-duanya sama handal.

15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong

17. murah hati
Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

................................................................................
Senarai Peribahasa Tingkatan 5

1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Saling tolong-menolong.

3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melibatkan diri

6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : Orang yang semuafakat, sehidup semati, dan tidak berubah kesetiaannya.

13. memerah otak
Maksud : Belajar bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan di kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh maksud kedua, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : Adat yang tidak boleh dilanggar.

23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati
Maksud : Gembira.

25. anak buah
Maksud :
a. Anak saudara.
b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah
Maksud :

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud :

28. batu penghalang
Maksud : Halangan

29. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud :

30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud :
a. Orang yang pulang ke tempat asal.
b. Kehidupan yang senang.
0 comments

Kosa Kata Elit

1. Akhiar – lebih baik.
2. Istihsan – penyimpangan daripada sesuatu dalil kias yang nyata kepada dalil yang tidak nyata.
3. Istima – pertimbangan yang baik.
4. Jahar – nyaring, lantang.
5. Penti – larangan.
6. Pentan – sah atau tentu.
7. Jambret – merampas, merenggut.
8. Peranyak – terduduk kerana terkejut.
9. Loga – syurga.
10. Percong – sengaja.
11. Mukhlis – tulus, ikhlas, jujur.
12. Perjaka – pemuda, orang muda.
13. Perlina – hilang, tidak kelihatan.
14. Tendensi – kecenderungan.
15. Terka – dugaan, sangkaan.
16. Perus – garang, bengis.
17. Majezub – sasar, terlalu banyak memeikirkan sesuatu.
18. Utopia – masyarakat yang ideal.
19. Peteras – sombong, bongkak.
20. Waskita – awas, waspada.
21. Menti – berpantang.
22. Menyapung – mencarut, kata-kata keji.
23. Zindik – orang yang telah terpesong imannya.
24. Paripurna – rapat, lengkap.
25. Afal – kelakuan, sifat, perbuatan.
26. Beraga – berlagak, memperlihatkan diri.
27. Agul – angkuh, sombong.
28. Ahman – bodoh, dungu.
29. Ajrih – hormat, (rasa) segan.
30. Keakanan – waktu yang akan datang.
31. Akhiar – lebih baik.
32. Aklian – bukan akal fikiran (bukan perasaan)
33. Lelangan – laman.
34. Cauvinis – menunjukkan pendirian yang keterlaluan.
35. Demagog – politik untuk memperoleh kuasa dengan cara menghasut.
36. Demonstratif – cenderung melahirkan perasaan sendiri.
37. Demoralisasi – kebejatan moral.
38. Menggaduk – menyombong.
39. Berganjur – mengundur diri.
40. Babil – degil, keras kepala.
41. Buar – boros, tidak hemat.
42. Cauvinisme – sikap setia Negara yang keterlaluan.