cara-cara menangani isu remaja lari rumah

pendahuluan

pelajar atau remaja merupakan pelapis yang bakal memimpin negara ini. mereka merupakan tunggak serta harapan negara dalam mencorakkan dan mewarnakan hala tuju negara demi merealisasikan visi dan misi wawasan 2020. namun demikian , semakin maju negara, semakin banyak masalah -masalah gejala sosial yang melanda. terutamanya golongan remaja yang mudah terpengaruh dalam gejala negatif. langkah awal perlu diambil agar masalah-masalah ini dapat ditangani dengan segera.


ISI 1


W - antara langkah mengatasi masalah sosial ini


I - kesedaran dalaman perlu ada dalam diri ibu bapa untuk mengatasi masalah ini


H1 - ibu bapa perlu memainkan peranan yang aktif untuk memastikan anak-anak mereka mendapat didikan agama yang sempurna



H2 - terdapat segelintir ibu bapa yang beranggapan bahawa bidang kerohanian tidak penting



C - ibu bapa perlu menerapkan ajaran-ajaran agama sejak kecil lagi seperti mengajar ngaji, solat, dan menerapkan sifat-sifat peribadi yang mulia



K - oleh itu, didikan agama yang sempurna perlu diberikan kepada anak-anak mereka agar dapat melahirkan manusia yang bermodal insaniah



K - sebagai ibu bapa, haruslah mempunyai pegangan agama yang teguh untuk dijadikan contoh kepada anak-anak



ISI 2

W - seterusnya

I - ibu bapa disarankan supaya memantau setiap pergerakan anak-anak mereka

H1 - langkah ini sangat penting agar remaja tidak terpengaruh dengan rakan sebaya

H2 - pastikan mempunyai batasan waktu untuk mereka keluar bersama rakan mereka agar mereka tidak melencong ke tempat lain

C - perlu menyediakan garis panduan seperti jadual kehidupan yang sistematik yang serasi dengan anak-anak, namum jangan sampai mengongkong atau menyekat kebebasan

K - cara ini dapat mengelakkan anak-anak daripada membuang masa, melepak, dan berhaul dengan rakan-rakan yang rosak akhlaknya. bak kata pepetah melayu, sediakan payung sebelum hujan

K - perlu pandai memilih rakan kerana kawan adalah sahabat dan kawan juga adalah musuh

ISI 3

W - dari perspektif yang lain

I - kerajaan juga memainkan peranan yang penting untuk menangani masalah gejala sosial ini

H1 - mengadakan aktiviti -aktiviti yang melibatkan para belia. aktiviti yang dianjurkan perlulah menarik minat mereka

H2 - kempen-kempen kesedaran dan program meremajakan akhlak dan sahsiah remaja.

C - program rakan muda, program rakan sebaya, dan sebagainya

K - akhirnya penghasilan yang dapat dilihat ialah masyarakat remaja yang bermodal insan cemerlang

K - sebagai belia perlu mempunyai semangat kesetiaan dalam negara dan perlu lebih aktif dalam aktivit-aktiviti kemanusiaan

ISI 4

W - langkah seterusnya, dalam menangani masalah sosial

I - pihak media massa perlu turut sama memikul tanggungjawab sosial dalam usaha membenteras gejala sosial

H1 - pihak media massa banyak membantu dalam memberi pengaruh kepada remaja

H2 - remaja lebih tertarik kepada media massa daripada menghadiri kelas-kelas atau persatuan untuk mendapatkan sesuatu info

C - contohnya, adegan -adegan ganas dan berunsur lucah yang mempengaruhi minda remaja perlu dielakkan semua sekali

K - oleh itu, pengaruh negatif dapat dihindari oleh para remaja daripada terpengaruh dan merosakkan minda

K - para remaja perlu ditetapkan nilai-nilai murni keharmonian, baik agar tidak mudah terpesong ke jalan negatif

ISI 5

W - sebaik-baiknya

I - pihak ibu bapa dan sekolah perlu sederap menggorak langkah dan berganding bahu untuk membawa remaja ke arah hala tuju yang betul

H1 - untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, pihak ibu bapa dan sekolah perlu memberi motivasi dan penghargaan kepada mereka yang memberikan sumbangan

H2 - pihak sekolah perlu teruskan agenda yang murni seperti menghulurkan bantuan melalui UBK untuk memuliakan remaja tersebut

C - pihak ibu bapa dan guru perlu memahami dan berbincang dari hati ke hati tentang kehendak dan masalah yang mereka hadapi "janganlah sampai sudah terhantuk baru tergadah"

K - akan terjalin satu ikatan yang erat antara ibu bapa, anak dan guru. oleh itu, kedua-dua belah pihak akan saling memahami terdapat saling bertoleransi

K - antara pihak sekolah, ibu bapa dan pelajar perlu mempunyai sikap tolenrasi dan memahami, dengan itu segala masalah akan dapat ditangani bersama

PENUTUP

konklusinya, pelajar atau remaja merupakan aset penting yang sangat berharga kepada pembangunan negara. oleh itu, golongan kita perlu dilindungi dan dipelihara dari segi minda dan akhlak mereka. agar dapat menghasilkan belia yang cemerlang, gemilang dan terbilang. kita harus berdiri sama tingi duduk sama rendah dalam menentukan cerah atau gelapnya masa depan negara kita

0 comments:

Catat Ulasan