TEKNIK MENJAWAB SOALAN RUMUSAN

* Terdiri daripada 4 bahagian iaitu:

(a) Pendahuluan
- Digalakkan menulis dalam sebaris ayat sahaja
- Dilarang menyalin bulat-bulat arahan yang diberi
- Wajib menukar arahan soalan dengan perkataan yang lain
   tetapi sinonim dengan kata atau frasa yang diberi
- Contohnya :
  (i) FAKTOR-FAKTOR = sebab-sebab, punca-punca, potensi
  (ii) LANGKAH-LANGKAH = usaha-usaha,cara-cara,
  (iii) MASALAH = karenah, kekangan, penghalang
  (iv) FAEDAH-FAEDAH = kepentingan, tanggungjawab,
  (v) AKIBAT = kesan-kesan negatif, keburukan, implikasi

(b) Isi Tersurat
- Harus mengenalpasti isi-isi tersurat yang terdapat didalam petikan
- Diingatkan bahawa didalam petikan soalan lazimnya terdapat 10 isi
- Pelajar harus disarankan agar menulis maksimum enam isi tersurat
- Digalakkan menggabungkan isi-isi tersurat dengan menggunakan
   kata hubung atau penanda wacana yang sesuai

(c) Isi Tersirat
- Digalakkan membina isi-isi tersirat berdasarkan arahan dalam soalan
- Pelajar perlu mematuhi arahan soalan iaitu isi tersirat merupakan
   isi yang tidak terdapat di dalam petikan yang diberi
- Pelajar sekurang-kurangnya perlu mengemukakan dua isi tersirat
- Digalakkan mengolah ayat dengan menggunakan ayat sendiri dengan syarat
  ayat tersebut hendaklah gramatis dan lengkap

(d) Penutup (Kesimpulan)
-Disarankan supaya menulis ayat penutup sebagai kesimpulan
  dalam rumusan
-Disarankan supaya menulis ayat penutup ini dalam bentuk
  2 bahagian iaitu :
(i) Ayat berbentuk cadangan - menyakan kesan,akibat,implikasi
                                                    kepada tema soalan
(ii) Ayat berbentuk harapan - menggunakan kata hubung supaya,
                                                   agar, demi sebagai
                                                   pelengkap kepada ayat penutup tersebut
(iii) Contohnya : kesimpulannya, semua pihak mesti bekerjasama
                            menangani masalah pekerja asing supaya
                            negara kita bebas dari jenayah dan kekacauan

0 comments:

Catat Ulasan