TEMA KONSERTO TERAKHIR

Ketabahan dan Kegigihan Menghadapi Cabaran Demi Mencapai Kejayaan

Tema ini dikaikan dengan liku-liku yang dilalui oleh watak utama dalam novel ini, iaitu Hilmi seorangf anak muda yang berasal dari kampung berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman negara. Hilmi sebelum ini tidak mengetahui langsung bahawa dia mempunyai bakat sebagai seorang pemuzik. Bakat ini lahir secara tidak sengaja apabila dia mendengar alunan muzik yang dimainkan oleh Hayati. Tema ini juga terungkap dalam persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel ini. Secara tersirat pengarang menyampaikan mesej bahawa kehidupan ini penuh cabaran dan dugaan. Hanya mereka yang tabah dan cekal sahaja akan berjaya dalam perjuangan hidup ini.

0 comments:

Catat Ulasan