perubatan tradisional

sebab-sebab perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna

Belakangan ini, kaedah perubatan tradisional semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Hal ini demikian kerana penemuan perubatan tradisional tempatan tentang khasiat ubat-ubat tradisional ini.

Umum telah sedia mengetahui bahawa ubat tradisional menggunakan bahan semula jadi seperti akar kayu, tumbuh - tumbuhan, kemenyan yang tidak mempunyai kesan sampingan. Hal ini berbeza dengan perubatan moden yang menggunakan pelbagai bahan kimia yang diproses berdasarkan kajian dan kaedah saintifik , contohnya vaksin, antibiotik, antiserum, antiseptik, dan radium yang dapat menjejaskan kesihatan pengguna dalam jangka masa yang panjang. Oleh hal yang demikian, risiko untuk mendapat penyakit lain semasa menggamalkan ubat-ubat tradisional agak rendah.

Selain itu, bahan untuk menghasilkan ubat tradisional mudah diperoleh kerana biasanya terdapat di sekeliling rumah atau di dalam hutan yang berdekatan. Kebanyakan pengamal perubatan tradisional menanam tanaman herba seperti pokok misai kucing, tongkat ali, kacip fatimah dan sebagainya di rumah. Kebiasaannya ubat tradisional ini dihasilkan sendiri dengan kos yang minimum. Maka tidak hairanlah jika harga ubat-ubatan tradisional masih rendah dan berpatutan. Kos perubatan moden sangat mahal kerana menggunakan ubat dan peralatan yang canggih.

Selaras dengan perkembangan semasa, ubat-ubatan tradisional ini mudah mendapat pasaran yang baik. Satu daripada sebabnya ialah pelantikan stokis-stokis yang menjual produk yang berasaskan ubat tradisional. Dengan inovasi dari segi kaedah pembungkusan , promosi, dan bentuk ubat, maka tidak hairanlah ubat tradisional terus mendapat sambutan. Apatah lagi dengan pelantikan artis tempatan sebagai duta produk berkenaan, maka ramai pengguna mencuba produk tersebut.

Kesimpulannya, ubat- ubatan tradisional ini dapat diibaratkan "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas." Sambutan pengguna masih baik kerana ramai orang yang mempercayai khasiat semula jadinya berbanding dengan ubat-ubat moden.

0 comments:

Catat Ulasan