Memaparkan catatan dengan label komsas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komsas. Papar semua catatan

SYAIR JONG PECAH

0 comments
Assalamualaikum saya ucapkan,
Selamat sejahtera handai dan rakan,
Sebuah syair saya ucapkan,
Bersama-sama kita menungkan.

Duhai dengarlah suatu cetera,
Di zaman dahulu sebuah negara,
Bangsa bijak gagah perwira,
Hidup bersatu aman sejahtera.

Berkali-kali dicuba musuh,
Negara dilanggar hendak diruntud,
Berkat bersatu rakyat teguh,
tetap berdaulat berdiri kukuh.

Hinggalah sampai saat yang gelap,
Entah di mana salah dan silap.
Entah siapa lali dan lelap,
Rakyat berbalah daulat pun malap.

Jadilah kita bangsa terjajah,
Terjejas daulat tercemar maruah,
Politik rebah ekonomi rebah,
Siang malam berhati gundah.

Kita dijajah empat kurun,
Ditambah empat puluh enam tahun,
Budaya dan ilmu setandus gurun,
Harga diri semakin turun.

Bangkit pahlawan demi pahlawan,
Berjuang merebut kemerdekaan,
Bunga bangsa gugur terkorban,
Harumnya lesap ditelan zaman.

Sampailah waktu rakyat jelata,
Berpadu erat seia sekata,
Tahan bahaya tahun derita,
Mendaulatkan kembali negara kita.

Tiga puluh tiga tahun sejak bergema,
Kata merdeka dilaung bersama,
Negara dan bangsa menempa nama,
Banyak impin telah terjelma.

Aduh mengapa kita berbalah,
Sama sendiri berpecah-pecah,
Kenyanglah yu bila jong pecah,
Hitamlah tanda dalam sejarah.

Ya Ilahi Tuhan yang Rahman,
Teguhkan bangsaku di dalam iman,
Ke arah perpaduan berikan pedoman,
Agar sejahtera zaman-berzaman.

Tamatlah sudah madah dan cetera,
Untukrenungan saudari saudara,
Bersatu bangsa teguh negara,
Wassalamualaikum, salam sejahtera.


MAKSUD:

Rangkap 1 :

Syair ini disampaikan sebagai renungan kita bersama

Rangkap 2 :

Pada zaman dahulu ,negara kita mempunyai rakyat yang bijaksana, gagah perkasa ,dan bersatu padu dalam keaadaan aman .

Rangkap 3 :

Walaupun ada musuh yang menyerang ,kedaulatan negara kita terjamin kerana rakyatnya bersatu padu.

Rangkap 4 :

Namun demikian, tiba suatu masa kedaulatan negara tergugat kerana rakyat bertelagah sesama sendiri hingga negara asing menjajah.

Rangkap 5 :

Penjajahan pun berlaku mengakibatkan maruah kita tercemar, sistem politik serta ekonomi runtuh dan kita senantiasa dilanda kesedihan .

Rangkap 6 :

Sepanjaang penjajahan selama 446 tahun ,kita kehilangan identiti , budaya dan maruah .

RANGKAP 7 :

Pahlawan silih berganti berjuang menuntut kemerdekaan , ada yang terkorban dan jasa mereka semakin lama dilupakan .

RANGKAP 8 :

Sudah sampai masanya rakyat bersatu padu dan berkorban membebaskan negara daripada penjajahan .

RANGKAP 9 :

Selama 33 tahun selepas mencapai kemerdekaan ,sudah banyak kejayaan yang dapat kita dicapai .

RANGKAP 10 :

Kita mestilah hidup bersatu kerana perpecahan akan memberikan peluang pada orang/ negara lain untuk mengaut keuntungan .Negara pula mencatat titik hitam dalam lipatan sejarah .

RANGKAP 11 :

Penyair berdoa semoga Tuhan yang Maha Pemurah dapat menganugerahkan keteguhan iman dan perpaduan supaya negara aman sepanjang masa .

konserto terakhir

0 comments
sinopsis
Novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain mengisahkan tentang seorang anak kampung bernama Hilmi yang telah datang ke rumah bapa saudaranya, Datuk Johari di bandar untuk mencari pekerjaan. Kedatangannya tidak disenangi oleh Datuk Johari sekeluarga terutamanya Datin Salmah. Datuk Johari gagal mencarikan pekerjaan untuk Hilmi lalu mengambilnya bekerja sebagai tukang kebun. Walau bagaimanapun, Hilmi tetap tidak dapat layanan yang baik dari keluarga Datuk Johari.

Hilmi tetap seronok walaupun tidak mendapat layanan yang baik kerana dia merasakan dirinya dan bunga-bunga serta kebun sayur itu mempunyai dunia sendiri. Dalam diam-diam Hilmi jatuh hati kepada Hayati iaitu anak Datuk Johari yang sudah bertunang dengan Mohsin. Di samping itu, Hilmi juga terpikat dengan alunan piano yang dimainkan oleh Hayati. Hilmi secara tidak sengaja telah merosakkan piano tersebut dan dimarahi oleh Datin Salmah lalu dipotong gajinya.

Datuk Johari dan keluarga telah bercuti ke luar negara dan Hilmi ditugaskan menjaga rumah selama sebulan. Sepanjang Datuk Johari dan sekeluarga bercuti, Hilmi telah berkawan dengan Mamat, iaitu drebar Dr. Nathan jiran Datuk Johari. Mamat telah pulang ke kampung dan berkahwin dengan Esah. Hilmi amat berminat untuk mempelajari bermain piano. Mamat juga membantu Hilmi berkenalan dengan seorang ahli muzik yang terkenal yang bernama Encik Bakar. Hilmi telah berguru dengan Encik Bakar tanpa sebarang bayaran.

Kepulangan Datuk Johari dan sekeluarga disambut dengan alunan piano yang dimainkan oleh Hilmi. Maka, timbullah konflik antara Hilmi dan Datin Salmah. Lebih -lebih lagi Hayati telah memberikan oleh-oleh kepada Hilmi. Datin Salmah telah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna- guna untuk memikat Hayati. Akhirnya, Hilmi terpaksa meninggalkan rumah tersebut dengan alasan mahu pulang ke kampung untuk menziarahi bapanya yang sakit.

Hilmi tidak jadi pulang ke kampung tetapi bekerja di sebuah stesen minyak di Setapak. Hilmi meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang ahli muzik yang terkenal dan terus belajar muzik dengan Encik Bakar. Hilmi berjaya memainkan beberapa alat muzik seperti trompet, biola, klarinet, dan seksofon. Hilmi juga berjaya mencipta lagu pertama yang berjudul "sebuah Intermeso".

Kekecewaan Hilmi semakin parah setelah dia mengetahui berita perkahwinan Hayati dan Mokhsin. Untuk meneruskan cita-cita, Hilmi telah berhenti bekerja di stesen minyak itu dan Encik Bakar telah membawanya bermain di dalam quartet yang dipimpin oleh Encik Bakar sendiri. Persembahan Hilmi telah mendapat sambutan dan akhirnya dia muncul sebagai "pemain biola hikmat Malaysia".

Hayati pula telah mendapat biasiswa daripada British Council dan akan berangkat ke London tidak lama lagi. Dengan bantuan Mamat, Hayati dan Helmi dapat bertemu sebelum Hayati berangkat ke London. Hilmi telah mencipta satu lagi lagu yang berjudul "Detik - Detik Perpisahan" sempena perpisahannya itu.

Sesuai dengan perkembangan muzik, Hilmi dan Azizah iaitu anak Encik Bakar telah menubuhkan sebuah kugiran, yang diberi nama 'Kugiran Dahlia'. Kugiran Dahlia telah cepat mendapat sambutan. Hilmi kemudiannya telah berkahwin dengan Azizah. Perkahwinan mereka tidak bahagia setelah Azizah melahirkan anak pertama, Hakimi. Keretakan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan. Perasaan Hilmi bertambah sedih apabila Encik Bakar meninggal dunia.

Tiga tahun berturut-turut Orkestra Hilmi telah muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM (Radio Televisyen Malaysia). Hilmi juga telah diminta untuk membuat satu arrangement ( penyusunan) semua lagu yang telah digubahnya dalam satu pertunjukan Orkestra Perdana setaraf dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang akan dihadiri oleh pembesar-pembesar negara. Dia memberi nama arrangement itu “Hilmi Potpouri”.

Hilmi terus mendalami muzik dan semakin, terkenal. Kesibukannya menyebabkan Hilmi telah mengabaikan kesihatannya sehingga dia akhirnya jatuh sakit. Hilmi tidak dapat hadir untuk memimpin Pertunjukan Orkestra Perdana di Dewan Tunku Canselor kerana sakit. Hayati yang baru pulang dan luar negeri telah mengambil tempat Hilmi memimpin orkestra itu.

Semasa di hospital, bapa Hilmi, Pak Karim mendedahkan rahsia identiti Hilmi. Hilmi sebenarnya ialah anak kandung Datuk Johari bersama bekas isterinya yang pertama. Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka. Hayati terharu apabila mengetahui Hilmi adalah abangnya manakala Azizah menyedari kesilapan dirinya. Hilmi akhirnya meninggal dunia tanpa mengetahui kisah sebenarnya.

Konflik antara watak (Bukit Kepong)

0 comments
Sebab-sebab pengarang menimbulkan konflik antara watak

Menerusi novel Bukit Kepong, Ismail Johari sengaja menimbulkan konflik. Alasannya ialah,

pertama,
konflik menjadikan cerita menarik perhatian membaca.
Contohnya , konflik antara pasukan polis dengan pengganas komunis.

Kedua,
konflik dapat memanjangkan cerita.
Contohnya , konflik anggota polis di Balai Polis Kepong dengan pengganas komunis, menyebabkan berlakunya pertempuran dan pihak polis akhirnya berjaya dikalahkan.

Ketiga,
konflik menyebabkan plot berjalan lancar.
Contohnya, konflik yang dialami oleh Othman berlarutan sehingga ke akhir cerita, kesudahannya Othman mengalami konflik kerana isterinya sakit dan kaki kiri Othman di potong kerana cedera.

Keempat,
konflik dapat menguji perwatakan watak utama.
Contohnya, Othman menghadapi konflik dengan berani dan tabah.

pantun mengenang nasib

0 comments
Pantun mengenang nasib

Pisau raut hilang di rimba,
Pakaian anak raja di Juddah,
Karam di laut boleh ditimba,
Karam di hati bilakah sudah.
(Maksud : kesedihan kerana kekecewaan lebih teruk daripada kehilangan sesuatu benda)

Kusangka nanas di tengah padang,
Kiranya pandan yang berduri,
Kusangka panas sampai ke petang,
Kiranya hujan di tengah hari.
(Maksud : disangka sesuatu perkara itu akan kekal berterusan tetapi rupa-rupanya putus di tengah jalan)

Buah berangan masaknya merah,
Kelekati dalam perahu,
Luka di tangan nampah berdarah,
Luka di hati siapa tahu.
(Maksud : sukar bagi seseorang untuk mengetahui perasaan yang ditanggung oleh individu lain secara zahir)

Apa di harap kepada tudung,
Tudung salji terendak Bentan,
Apa di harap kepada untung,
Untung nasib permainan badan.( Maksud : sudah menjadi lumrah hidup, susah senang terpaksa ditanggung)

Tema
suka dan duka dalam menghadapi kehidupan yang mencabar.

Persoalan
1) kekecewaan
- perasaan kecewa sering dialami oleh seseorang dalam menempuh kehidupan dan sering mengharapkan perasaan kecewa itu segera berakhir
2) kebahagiaan
- kita sering mengharapkan kebahagiaan itu kekal menjadi milik kita tetapi kadang kala ia menjadi sebaliknya.
3) kesedihan
- setiap manusia pasti pernah mengalami saat-saat kesedihan tetapi sesetengah daripada mereka mampu menyembunyikan kesedihan tersebut daripada pengetahuan orang lain.


Nilai
- ketabahan > amat penting apabila berhadapan dengan dugaan
- keyakinan > dapat membantu seseorang memperjuangkan hidupnya
- kesabaran > amat dituntut dalam agama kerana mampu menjadikan seseorang lebih beriman


Pengajaran

- pentingnya menjaga hati orang lain > kita perlu sentiasa memastikan orang lain gembira dan tidak mudah terluka dengan apa yang kita lakukan

- tidak terlalu bergantung kepada nasib > penting untuk menentukan kejayaan

- sedia menerima suratan takdir > setiap yang ditentukan oleh Tuhan yang Esa.


Contoh soalan komsas :

1) huraikan maksud rangkap kedua pantun
kebahagiaan yang diharapkan berpanjangan rupa-rupanya berakhir dengan kekecewaan

2) pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengatasi perasaan kecewa?
Pada pendapat saya, cara untuk mengatasi perasaan kecewa ialah dengan menyemai perasaan sabar dan tabah. Selain itu, saya juga akan meluahkan perasaan kepada orang lain seperti ibu bapa, rakan, adik beradik atau kaunselor

3) Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut
Tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut ialah kita janganlah berputus asa apabila menghadapi masalah. Kedua ialah kita hendaklah reda mengahadapi dugaan hidup. Yang ketiga ialah kita hendaklah berusaha untuk mengubah nasib.

novel bukit kepong

0 comments
Tema
semangat juang yang ditunjukkan oleh anggota polis yang terdiri daripada pemuda-pemuda Melayu yang mempunyai jati diri serta semangat juang yang kental untuk mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.

Persoalan
1. persoalan taat setia dalam menjalankan tugas
contohnya : Othman dan rakan-rakannya rela menjalankan tugas dalam menghadapi sebarang rintangan

2. keberanian menghadapi rintangan
contohnya : menentang serangan komunis sehingga ke titisan darah yang terakhir


3. kezaliman pengganas komunis
contohnya : membakar balai polis Bukit Kepong sehingga mengorbankan keluarga polis

4. tidak menghargai jasa
contohnya : jasa Othman tidak dikenang oleh pihak kerajaan Inggeris setelah berkorban untuk tanah air