pencemaran alam sekitar

1 comments
Strategi-Strategi Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar

Pendahuluan

Mayapada ,pencemaran alam sekitar kerap menjadi polemic yang hangat diperkatakan dan sering diuar-uarkan melalui media massa. Kendatipun begitu,isu ini telah mencetuskan kebimbingan yang berterusan dalam kalangan masyarakat di Negara kita. Hal ini kerana pada masa kini pencemaran alam sekitar semakin serius dari sehari ke sehari. Jika ditinjau dengan lebih mendalam, pencemaran alam sekitar dikatakan berpuca daripada pelbagai sebab, bak kata pepatah “jika tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang”. Walaupun begitu, isu ini tidak boleh dipandang enteng oleh pemimpin Negara dan rakyat. Sebaliknya ia perlu ditangani segera kerana pencemaran alam sekitar banyak mendatangkan impak yang negatif kepada masyarakat dan Negara, bak kata peribahasa, “setiap penyakit pasti ada ubatnya”.

Isi 1

W – terdapat pelbagai strategi bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar

I – ibu bapa perlu memainkan peranan yang aktif dan tidak mengaanggap menjaga kebersihan adalah tanggungjawab pihak tertentu sahaja

H1 – ibu bapa mesti menjadi contoh kepada anak-anak agar mereka sentiasa menjaga kebersihan dan keseimbangan alam sekita

H2 – mewujudkan suasana yang bersih di persekitaran rumah.

H3 – sentiasa memastikan sampah sarap di tempat yang telah disediakan agar tidak mencemarkan alam sekitar.

C – ibu bapa menegur sikap anak yang membuang sampah di tempat awam, di dalam sungai dan laut dengan cara yang baik dan berkesan.

K – sebagai ibu bapa haruslah memberi teladan yang baik kepada anak-anak kerana ibu bapa merupakan role model dalam institusi keluarga, seperti kata pepatah, “bagaimana acuan begitu lah kuihnya”

K – kita perlulah mempunyai perasaan ambil berat akan kebersihan dan mengaggap bahawa menjaga kebersihan adalah tanggungjawab bersama

Isi 2

W – begitu juga dengan

I – pemimpin setempat juga boleh memainkan peranan penting

H1- pemimpin setempat mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam mempengaruhi sikap masyarakat

H2 – boleh merancang aktiviti gotong-royong untuk membersihkan dan menceriakan alam sekitar

H3 – memantau tahap kebersihan dan keceriaan di kawasan jagaan mereka.

C – sebagai contoh, wakil rakyat boleh memberikan nasihat tentang alam sekitar kepada masyarakat dalam majlis-majlis yang dihadiri

K – lantaran, pemimpin setempat dapat memberi kesedaran kepada penduduk setempat tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar

K – kita perlulah hidup “ bagai aur dengan tebing” dalam menangani isu pencemaran alam sekitar agar kuantiti alam sekitar terjamin

Isi 3

W – di samping itu,

I – kementerian pelajaran juga boleh membantu dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar

H1 – peranan dalam memberikan tarbiyah tentang menjaga alam sekitar kepada pelajar perlu diperkasakan lagi

H2 – pada masa yang sama, pihak pentadbiran sekolah mestilah sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah

H3 – para pelajar juga digalakkan membuat aduan kepada piha berkuasa sekiranya mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar.

C – Kementerian Pelajaran perlu memeberikan galakan kepada pelajar supaya mengikuti lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang alam sekitarnya tercemar

K – cara ini dapat memberikan kesedaran yang mendalam kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan kesannya kepada Negara.

K – oleh itu, kita tidak perlu bersikap ‘bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” dalam memeilhara alam sekitar agar tidak dicemari oleh perkara-perkara yang tidak sepatutnya

Isi 4

W - dari perspektif yang lain
I – pihak media massa juga terlibat dalam mengatasi pencemaran alam sekitar

H1 – televisyen boleh memaparkan kesan pencemaran alam sekitar

H2 – menyediakan ruang khas bagi memaparkan masalah pencemaran alam sekitar

H3 – menjalankan kempen kesedaran tentang perlunya masyarakat menjaga dan memulihara alam seitar

C – pelancaran Kempen Alam sekitar, Pameran Alam Sekitar, Kempen Menanam Pokok, Anugerah Alam sekitar, Perkhemahan Alam Sekitar, Kempen Kitar Semula dan sebagainya

K – dengan langkah ini, pencemaran alam sekitar dapat ditangani dengan berkesan di samping dapat menarik minat masyarakat bersinergi dalam menangani isu ini

K – kita perlu bersikap cakna dan tanggungjawab serta memberi sokongan yang jitu kepada pihak tertentu supaya wujudnya anjakan paradigma

Isi 5

W – sementalahan itu,

I – pihak kerajaan juga perlu bertindak aktif untuk melestarikan keindahan alam sekitar

H1 – pihak kerajaan mempunyai kuasa dalam pentadbiran Negara

H2 – bertindak tegas jika ada pihak yang delinkuen tergadap peraturan alam sekitar dapat diminimumkan

C – memantau lokasi-lokasi yang sering menjadi tempat pembungan sisa toksik

K – dalam hal ini, oihak kerajaan perlulah memainkan peranan supaya pihak yang melanggar peraturan dikenakan hukuman atau tindakan yang setimpal

K – “bertepuk sebelah tangan, tidak akan berbunyi”. Oleh itu, kita perlulah memuouk semangat sinergi dengan pihak kerajaan supaya dapat mengatasi isu pencemaran ini.


Penutup

Generalisasinya, terdapat pelbagai strategi yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar ini. Rentetan itu, pihak kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Kendatipun begitu, pihak-pihak lain juga perlu membantu pihak kerajaan agar segala yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mencapai objektif yang diharapkan. Kementerian Penerangan dan Jabatan Alam Sekitar juga perlu bertindak proaktif. Dengan kerjasama semua pihak, pasti masalah pencemaran alam sekitar dapat dibendung dengan berkesan. Jesteru itu, bangsa yang gemilang dapat diperoleh hasil daripada budaya yang cemerlang. Seperti pepatah “bersatu teguh, bercerai roboh”.

Kosa Kata

0 comments
Culas - Tidak jujur/Perbuatan jahat
Jumantara - Langit/Udara
Julung-julung - Ikan laut/Tumbuhan/Mula-mula
Julur - Menjalar
Kazab - Pembohong
Kebam - Masuk bibir dalam mulut
Kuap - Ternganga mulut/Mengantuk
Landung - Panjang ke bawah (Tali,seluar)
Melecup - Bunyi orang menghisap
Lecas - Terlalu manis
Lecah - Berlumpur
Lentung - Bunyi orang bertukang
Lepa - Lalai/alpa
Melutut -Menyapu badan
Menalak - Menjerit dengan kuat
Pawah - Rempah/Hasil diperoleh terbahagi dua
Berpingit - Berkurung dalam rumah
Meraban - Merepek/Mengigau
Rabas - Air yang menitik dari daun selepas hujan
Rabung - Puncak bumbung bangunan
Rengat - Sakit hati

Di Ke Ma Se N + A

0 comments
Diri

Isi
a. Kesedaran
b. Motivasi
c. Taat perintah Tuhan
d. Kegigihan
e. Rakan Sebaya
f. Jati diri
g. Pembacaan, menuntut ilmu

Peribahasa
a. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis – Peribahasa Melayu
b. Semiskin-miskin manusia adalah manusia yang miskin budi pekerti – Hamka

Keluarga

Isi
a. Pendidikan agama dan moral
b. Perhatian
c. Kasih saying
d. Suri teladan

Peribahasa
a. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya – Peribahasa Melayu
b. Satu langkah kecil manusia adalah lompatan maha besar kemanusiaan – Neil Armstrong

Masyarakat

Isi
a. Aktiviti hari keluarga / gotong-royong
b. Prihatin / saling menegur
c. Ceramah

Peribahasa
a. Buruk dibuang dengan rundingan, baik ditarik dengan muafakat – Peribahasa Melayu
b. Masyarakat adalah seperti perahu, semua orang perlu membantu bagi menentukan arah kemudi – Hendrtk Ibsen

Sekolah

Isi
a. Pengajaran dan pembelajaran (sivik, moral, agama)
b. Kokurikulum (persatuan, permainan, uniform)
c. Aktiviti luar (ceramah, pertandingan, lawatan)

Peribahasa
a. Ada padi semua kerjajadi, ada beras semua kerja deras – Peribahasa Melayu
b. Anda tak dapat memperlihatkan emosi, namun juga tak dapat mematikan cita-cita – John Morley

Negara/Kerajaan

Isi
a. Kempen
b. Penguatkuasaan undang-undang
c. Peranan pemimpin
d. Media massa
e. PLKN

Peribahasa
a. Gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah – Peribahasa Melayu
b. Yang perlu dijaga ialah urusan yang kecil-kecil supaya jangan sampai merosakkan bahagian besar – Jesse

Antarabangsa

Isi
a. PBB
b. ASEAN
c. Negara jiran

Peribahasa
a. Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, janganlah bertanam tembilang – Peribahasa
b. Dunia ini adalah komedi bagi mereka yang berfikir dan tragedi bagi mereka yang merasakannya – Horace Walpole