51 .
Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung.
Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan.
52 .
Jangan menyuruh kapak menyelam beliung.
Jangan memberi kepercayaan kepada orang yang tidak setia.
53 .
Jangan merempuh sarang lebah.
Bahaya jangan dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jangan menggerak ular tidur, b. Jangan menggegai sempada di bawah batang).
54 .
Jangan puntung berasap jua.
Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.
55 .
Jangan sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, sekali dikerat.
Sesuatu pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan.
56 .
Jangan sangat pemilih, takut terkena buku buluh (kelak).
Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik.
57 .
Jangan seperti si buta mematah tongkat.
Jangan bermusuh dengan orang yang menolong kita.
58 .
Jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai.
Sesudah mendapat kecelakaan baru hendak beringat-ingat.
59 .
Jangan tercirit di periuk.
Jangan berbuat angkara pada tempat kita menumpang; jangan berbuat jahat kepada orang yang telah menolong kita.
60 .
Jangan liat kurang panggang.
Tidak dapat diajar; degil. jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.
61 .
Janji sampai, sukatan penuh.
Sudah sampai ajal.
62 .
Janjian antah tidak ceruh.
Nasib yang malang.
63 .
Jaras dikatakan raga jarang.
Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. jaras = raga yang jarang anyamannya.
64 .
Jaras katanya raga jarang.
Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang).
65 .
Jari kudung dimasukkan cincin.
Berbuat sesuatu tidak pada tempatnya.
66 .
Jaring berbangkit kuaran tiba.
Perhitungan yang salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Getah terbangkit [= diangkat] kuaran tiba.
67 .
Jarum halus kelindan sutera.
Tipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerat halus kelindan sutera).
68 .
Jatuh berkait.
Memperoleh sesuatu kerana diminta.
69 .
Jatuh berjolok.
Memperoleh sesuatu kerana diminta. (Peribahasa lain yang sama makna: Jatuh berkait).
70 .
Jatuh di atas tilam.
Beruntung kerana mendapat pangkat, isteri yang kaya dan sebagainya.
71 .
Jatuh dihimpit tangga.
Mendapat kesusahan silih berganti.
72 .
Jatuh tidak berkait (= berjolok).
Membuat sesuatu tanpa diminta.
73 .
Jauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing).
Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam).
74 .
Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan.
Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya. dikakuk = dipegang.
75 .
Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa.
Banyak pengalaman.
76 .
Jauh dari mata jauhlah dari hati.
Hilang kasih sesudah berjauhan tempat.
77 .
Jauh di mata, dekat di hati.
Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. (Biasa juga; Jauh di mata, di hati jangan).
78 .
Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor.
Bercakap besar di belakang-belakang saja.
79 .
Jauh panggang dari api.
Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.
80 .
Jauhari juga yang mengenal manikam.
Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu.
81 .
Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan?
Kesan perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi tabiat tak dapat dihilangkan dengan mudah.
82 .
Jejak selut kaki terbenam.
Berbuat sesuatu barang yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan. selut = lumpur.
83 .
Jejaknya keruh.
Asal usulnya sejak mula sudah kurang baik.
84 .
Jelatang di hulu air.
Perkara yang selalu menyusahkan.
85 .
Jemur terkekar ayam tiba.
Baru saja dagangan dibuka, telah banyak orang datang membeli. terkekar = terkembang.
86 .
Jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan.
Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.
87 .
Jerat halus kelindan sutera.
Tipu muslihat yang sangat halus. (Peribahasa lain yang sama makna: Jarum halus kelindan sutera).
88 .
Jerat semata bunda kandung.
Anak seorang yang sangat disayangi dan dimanjakan.
89 .
Jerat serupa jerami.
Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.
90 .
Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat.
Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.
91 .
Jerih menentang boleh, rugi menentang laba.
Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rugi menentang laba, jerih menentang boleh).
92 .
Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah.
Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.
93 .
Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa.
Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah).
94 .
Jika baik ada cacatnya.
Tidak ada yang sempurna benar.
95 .
Jika berjumbai tempat bergantung.
Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.
96 .
Jika berpuluh-puluh kali batang beralih (= bertindih), cacing di bawah juga.
Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga.
97 .
Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain.
Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan.
98 .
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah.
Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.
99 .
Jika diturut hati yang geram, hilang takut timbul berani.
Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani.
100 .
Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka.
Menunjukkan kebencian.

0 comments:

Catat Ulasan